Contoh resit yuran
Nama dan jumlah di atas hanyalah contoh rekaan.
Maklumat yang patut ada pada setiap resit
- Nama sah pusat dan nombor pendaftaran
- Nombor resit bersiri (tiada nombor yang hilang atau berulang)
- Tarikh bayaran
- Nama pembayar dan nama murid
- Butiran: bulan atau jenis yuran (contoh "Yuran Disember 2026", "Yuran pendaftaran 2027")
- Jumlah dan kaedah bayaran, dengan nombor rujukan transaksi
Senarai ini ialah amalan baik, bukan format yang ditetapkan undang-undang. Perniagaan dengan hasil kasar melebihi RM150,000 setahun perlu mengeluarkan resit bernombor siri menurut LHDN (Soalan Lazim e-Invois, S109). Semak keperluan cukai anda dengan perunding cukai.
Kenapa resit bersiri penting
Nombor bersiri membuktikan tiada resit yang dibuang atau ditulis dua kali. Bila ibu bapa kata "saya dah bayar", anda cari nombor resit, bukan selak buku.
Hantar resit tanpa menulis
Dengan Jelasbil, resit bernombor dijana dan dihantar kepada ibu bapa sebaik bayaran FPX diterima. Ciri resit termasuk dalam semua pelan, termasuk pelan Percuma untuk sehingga 15 murid.